Home   CADS Vocational Centre

CADS Vocational Centre

CADS Vocational Centre adalah sebuah institusi kemahiran latihan dan teknikal bagi persediaan anak-anak anda memasuki dunia sebenar sebagai warga yang mampu menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara amnya.

Tujuan Penubuhan CVC

1.  CADS Vocational Centre  (CVC) ditubuhkan pada Januari 2012 sebagai pusat latihan kemahiran untuk kanak-kanak dari CADS dan individu yang berminat untuk memperolehi ilmu dan latihan praktikal dalam beberapa bidang kemahiran.

2.  Matlamat CVC adalah untuk membimbing dan memberi latihan kemahiran kepada anak-anak remaja istimewa berumur 10-15 tahun (Pra-Vokasional) dan 16 tahun dan ke atas untuk Vokasional Penuh.

3.  Melalui penubuhan CVC ini, anak-anak remaja CADS mampu mempunyai sekurang-kurang satu kemahiran yang boleh memberikan keyakinan kepada mereka agar mampu berdikari dan berusaha dalam membangunkan bakat dan potensi diri.

4.  Selain khusus untuk anak remaja istimewa, CVC juga bakal dimanfaati oleh golongan ibu tunggal, suri rumah dan individu yang berminat dalam memperolehi skills tertentu sebagai nilai tambah kepada pendapatan keluarga. Hal ini kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan seperti JKM, MARA, AIM dan lain-lain bakal dijalinkan bagi peranan memaksimumkan CVC.

 

Kursus CVC (CVC School)

Jenis-jenis kursus di peringkat Sijil yang ditawarkan di CVC adalah seperti berikut:

  1. Kemahiran memelihara ikan (Fishery)
  2. Kemahiran bercucuk tanam (Planting)
  3. Kemahiran masakan (Cooking & Pastry)
  4. Kemahiran pembungkusan (Packaging)
  5. Kemahiran kraftangan (Craft)
  6. ‘House Keeping’ (soon)
  7. Table Protocol and Skirting (soon)
  8. Frozen Food (soon)
  9. Retailing (soon)
  10. Services and Maintenance (soon)

 

Jadual kelas (Pra-Vokasional)

Jadual kelas (Full Vokasional)

Konsultant / Kerjasama

 

Pendaftaran

Pendaftaran dibuka sekarang. Kelas telah bermula sejak 3hb. Sept. 2012

Cara mendaftar:

Walk in’, waktu Pejabat 8.00 pagi – 5.00 petang,

Isnin – Jumaat. Pejabat: 03-2692 3501